*Mangsa (kiri) menitiskan air mata menceritakan penderitaan keluarganya akibat menjadi buruan ah long sambil diperhatikan Mohd. Rawi Abdullah dalam sidang akhbar di Ipoh, Perak, semalam.
IPOH, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Seorang pemborong kacang putih dari Kampung Serdang, Sitiawan dekat sini dan keluarganya terpaksa hidup dalam ketakutan apabila mereka menjadi buruan ah long sejak awal bulan lalu.
Lebih menakutkan lelaki itu, ah long tersebut turut mengugut untuk menculik dan membunuh anaknya yang berusia dua tahun setengah jika gagal melunaskan baki hutangnya.
Menurut mangsa berusia 44 tahun yang mahu namanya dirahsiakan, episod malang tersebut bermula apabila dia membuat pinjaman RM1,000 daripada seorang ah long, Oktober tahun lalu.
Dia bagaimanapun gagal melunaskan bayaran itu dalam tempoh ditetapkan menyebabkan pinjaman yang dibuatnya meningkat kepada RM20,000 - UTUSAN

No comments:
Post a Comment