My Add

Thursday 14 February 2013

Najib lancar Program Nadi Kasih di Sabah

TUARAN, KHAMIS, 14 Februari, 2013 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di pekan ini kira-kira jam 3.30 petang tadi untuk melancarkan Program Nadi Kasih peringkat negeri Sabah di Padang Pekan Tuaran, di sini.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 25,000 orang.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tusin; Ketua UMNO Tuaran, Datuk Hajiji Noor; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim dan ADUN Kiulu, Datuk Louis Rampas.

Sempena majlis itu, Najib dijadual mengagihkan pelbagai sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada golongan kurang bernasib baik dari sekitar Tuaran. - BH

No comments:

Post a Comment