My Add

Sunday 10 February 2013

Najib luang masa bincang pelbagai isu dengan pemimpin Cina PP

*NAJIB diringi Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow (tiga dari kanan) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman (kanan) bersalaman dengan pemimpin NGO dan Komuniti semasa perjumpaan tertutup bersama Komuniti dan NGO Cina di Hotel Traders, Pulau Pinang, petang ini. - Foto Danial Saad

GEORGETOWN, AHAD, 10 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa selama kira-kira satu setengah jam minum petang bersama pemimpin masyarakat Cina negeri di Hotel Trades di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, dalam pertemuan santai bersama kira-kira 40 pemimpin itu, Najib meluangkan masa membincangkan pelbagai isu termasuk ekonomi dan rakyat.

Pengalisis Politik, Datuk Dr Cheah See Kian, berkata dalam pertemuan itu Perdana Menteri turut berkongsi maklumat mengenai pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan dan semakin baik.

Beliau berkata, Najib juga berharap rakyat terus memberi lima tahun mandat kepada BN untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi negara selain meneruskan perancangan pembangunan di Malaysia.

"Ia pertemuan santai yang membincangkan mengenai ekonomi dan hala tuju perancangan pembangunan negara. Tiada isu politik dibincangkan,"katanya.

Ditanya mengenai penerimaan masyarakat Cina di Pulau Pinang, See Kian yang juga Pengetua Kehormat Kolej Han Chiang, berkata, ia semakin diterima baik.

"Walaupun masih tidak boleh meramal sepenuhnya ketika ini, namun ia dilihat semakin baik,"katanya.

Dalam perkembangan lain, See Kian, berkata, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Kolej Han Chiang kerana sudi menyewakan padang sekolah itu untuk penganjuran Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia esok. - BH

No comments:

Post a Comment