My Add

Saturday 2 February 2013

NKF bantu pesakit buah pinggang kurang mampu dapatkan rawatan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Pesakit buah pinggang kini boleh mendapatkan rawatan hemodialisis semurah RM50 sekiranya berdaftar dan mendapat rawatan di pusat dialisis Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).

Eksekutif Penjenamaan dan Komunikasi NKF, Yew Ve Vian berkata, perkhidmatan itu hanya ditawarkan kepada pesakit yang kurang berkemampuan iaitu mempunyai pendapatan isi rumah RM1,300 dan ke bawah.

"Secara umumnya, pesakit akan dikenakan caj sebanyak RM150 hingga RM250 bagi satu sesi di pusat dialisis swasta tetapi jika mereka berdaftar dengan NKF, hanya perlu membayar RM50 dan bayaran selebihnya diusahakan oleh NKF, selain subsidi daripada Kementerian Kesihatan.

"Usaha ini juga adalah untuk memudahkan dan meringankan beban pesakit buah pinggang menunggu untuk mendapatkan rawatan di mana-mana hospital dan terpaksa melaluinya tiga kali seminggu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment