*Daud Mat menunjukkan perakuan surat beranak dua anaknya di rumahnya di Kampung Renyuk, Jeli, kelmarin.
JELI 1, JUMAAT, 01 Februari, 2013:. Seorang bapa dari Kampung Renyuk di sini, merayu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membantu dua anak lelakinya berusia 13 dan 15 tahun mendapatkan MyKad.
Bapa berkenaan, Daud Mat, 56, berkata, kedua-dua anaknya itu yang bersekolah di tingkatan satu dan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli enggan bersekolah kerana malu diejek oleh rakan-rakannya kerana tidak mempunyai kad pengenalan.
Daud mendakwa, permohonannya mendapatkan MyKad untuk kedua-dua anaknya itu tiga tahun lalu tidak berjaya setelah seorang pegawai di JPN Jeli meminta beliau mengemukakan surat nikah kerana berkahwin dengan rakyat Thailand.
"Saya tidak dapat mengemukakan surat nikah sebab dokumen itu sudah hilang. Yang saya rasa hairan kenapa sembilan anak saya sebelum ini tidak perlu menunjukkan bukti nikah dan MyKad boleh dibuat dengan senang. Anak bongsu saya juga baharu mendapat MyKid," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment