My Add

Saturday 16 February 2013

Pembangkang kini bagai kehabisan modal - Puad Zarkashi

BATU PAHAT, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Pembangkang kini bagaikan kehabisan modal apabila mengungkit perkara yang telah "basi" selain mereka-reka cerita buruk tentang kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sikap pembangkang itu menyebabkan rakyat kini sudah muak terutama apabila kerap mengadakan siri perhimpunan yang hanya mengganggu ketenteraman dan keamanan negara.

"Mereka (pembangkang) hanya tahu mengadakan perhimpunan yang sebenarnya tidaklah dihadiri seramai mana seperti mana yang digembar-gemburkan mereka.

"Semua himpunan ini seperti Himpunan Bersih dan Himpunan Shamsidar, tidak memberikan apa-apa makna, ia hanya terus melemaskan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Siu di sini hari ini.

Mohd. Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, pemikiran rakyat kini tidak lagi seperti dahulu yang mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah pembangkang yang disebar luas melalui media sosial seperti blog tanpa sebarang bukti kukuh.

Mohd. Puad berkata, sebaliknya pembangkang sepatutnya menumpukan usaha menyelesaikan masalah rakyat di negeri yang perintah oleh mereka seperti masalah ibu tunggal dan masalah air di Selangor dan bukan hanya tahu mencari kesalahan kerajaan.

"Begitu juga dengan masalah Ladang Rakyat di Kelantan dan masalah rumah mampu milik di Pulau Pinang yang mencecah RM400,000 seperti yang diumumkan oleh kerajaan negeri sedangkan perkara itu membebankan rakyat negeri itu," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment