My Add

Thursday 21 February 2013

Pembeli dalam talian dilindungi mulai Julai

PUTRAJAYA, rabu, 20 Februari, 2013: Pembeli dalam talian yang kini berjumlah 1.1 juta orang akan dilindungi oleh undang-undang lebih ketat berikutan langkah kerajaan menguatkuasakan Peraturan-peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 mulai 1 Julai ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha tersebut dibuat memandangkan sehingga kini tidak ada satu bentuk kawal selia yang khusus ke atas perniagaan dalam talian di negara ini.

Katanya, langkah itu sejajar dengan nilai transaksi dalam talian pada 2010 berjumlah RM1.8 bilion dan dianggarkan tahun depan mencecah RM5 bilion.

"Kerajaan sedar pasaran untuk perniagaan dalam talian di negara ini amat besar tetapi Akta Perdagangan Elektronik 2006 sedia ada tidak menyediakan peruntukan berkaitan penalti terhadap kesalahan yang dilakukan semasa urus niaga itu berlangsung. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment