My Add

Friday 22 February 2013

Pemimpin Pas mahu Ku Li jadi PM, bukan Anwar?

Oleh SUWARNI MOKHTAR 
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Portal berita The Malaysian Insider menerusi satu laporannya menyatakan, seorang sumber memberitahu, pemimpin Pas telah sekali lagi mempersoalkan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-12).

Malah sebagai menggantikan nama Ketua Pembangkang itu, dalam pertemuan tertutup antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di tempat yang tidak dinyatakan pada Ahad lalu, Pas sebaliknya menamakan tokoh UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri.

“Pemimpin tertinggi Pas itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan Perdana Menteri," kata satu sumber pakatan pembangkang yang tidak mahu dinamakan kepada The Malaysian Insider.

Laporan penuh berita tersebut boleh dibaca di link di bawah:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/menjelang-pru-pas-teragak-agak-dengan-anwar-sebagai-calon-pm/ - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment