My Add

Thursday 21 February 2013

Pengusiran Xenophon langkah tepat - MBFM

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Februari, 2013: Tindakan Kerajaan Malaysia mengusir Senator Australia, Nick Xenophon adalah tepat kerana banyak kenyataan peribadinya sebelum ini dilihat mengganggu keharmonian negara, malah turut menjejaskan punca pendapatan warga Felda.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abd. Manap berkata, masyarakat terutamanya warga Felda perlu sedar bahawa Xenaphon merupakan individu yang begitu lantang bersuara dalam kempen anti minyak sawit.

Tambahnya, propaganda Xenophon jelas iaitu mengaitkan minyak sawit boleh memudaratkan kesihatan pengguna walhal dia sedia maklum produk yang dikeluarkan di Malaysia berkualiti, selamat dan diterima baik di banyak negara.

"Kami melihat kenyataan oleh Xenaphon sebelum ini sebagai cubaan menabur pasir ke dalam periuk nasi warga Felda yang bergantung kepada penanaman kelapa sawit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment