My Add

Thursday 21 February 2013

Perintah Gaji Minimum 2012 berkuat kuasa sejak 1 Januari

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Februari, 2013: Perintah Gaji Minimum 2012 yang mewajibkan majikan menggaji enam pekerja dan ke atas membayar gaji minimum sebanyak RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 sebulan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mula berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013.

Bagaimanapun, Majlis Perundingan Gaji Negara dalam satu kenyataan memberitahu, kerajaan menerima maklum balas bahawa sesetengah majikan khususnya majikan kecil dan sederhana tidak berupaya membayar gaji minimum sebagaimana dalam perintah tersebut.

Bagi menangani isu majikan yang benar-benar tidak berupaya melaksanakan gaji minimum kerajaan bersetuju:

(i) Supaya majikan memohon secara individu pelanjutan tarikh kuat kuasa pelaksanaan kepada Urus Setia Majlis Perundingan Gaji Negara. Pertimbangan pelanjutan tarikh kuat kuasa adalah kepada pekerja asing sahaja untuk membenarkan majikan-majikan membuat penstrukturan semula gaji bagi pekerja asing. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment