My Add

Sunday 3 February 2013

RM50 juta bantu bekas tentera

Oleh TOREK SULONG

BACHOK, SABTU, 02 Februari, 2013: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana bantuan sebanyak RM50 juta khusus untuk membantu dan membela nasib bekas tentera menerusi tranformasi ekonomi yang mahu melahirkan sekurang-kurangnya 10,000 usahawan baru setiap tahun.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, setakat ini transformasi ekonomi bekas tentera menerusi program laut biru membabitkan penyertaan seramai 7,000 orang yang kini diberi kursus insentif keusahawan bagi membolehkan mereka memiliki ilmu dan kemahiran keusahawan.

"Program ini adalah pembelaan Kerajaan Persekutuan kepada semua bekas tentera yang berpencen atau yang menamatkan perkhidmatan awal tanpa pencen.

"Saya yakin mereka akan berjaya berasaskan disiplin ketenteraan yang mereka miliki," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) yang disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin di Dewan Tangok, Pejabat Pelajaran Daerah Bachok, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment