My Add

Thursday 21 February 2013

Puad label Karpal 'batu api'

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
BATU PAHAT, RABU, 20 Februari, 2013: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menempelak Pengerusi DAP, Karpal Singh dan melabelkan beliau sebagai 'batu api' apabila cuba melagakan masyarakat Islam dan Kristian di negara ini melalui kenyataan berhubung kalimah Allah.

Katanya, sebagai seorang penganut agama Sikh, Karpal tidak sepatutnya mempersoalkan dua agama yang tidak bersangkutan dengannya apatah lagi menjadi 'batu api'.

Berikutan itu, beliau mempersoalkan niat sebenar Karpal yang terus-menerus mendesak pelbagai pihak untuk menggunakan kalimah Allah dalam bible versi bahasa Melayu.

"Pada saya, Karpal membuat kenyataan itu bertujuan menutup kecelaruan dalam DAP seperti tindakan parti yang tidak menjemput keseluruhan perwakilan berbangsa Melayu dan India semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment