My Add

Wednesday 20 February 2013

Rawatan hemodialisis di 800 klinik kesihatan kerajaan

PUTRAJAYA, SELASA, 19 Februari, 2013: Pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis tidak perlu lagi ke hospital awam atau swasta berikutan keputusan kerajaan untuk memperluaskan perkhidmatan itu di semua 800 klinik kesihatan seluruh negara mulai tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan lebih ramai pesakit menikmati rawatan tersebut, termasuklah mereka di luar bandar dan pendalaman.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan itu tidak dapat dilaksanakan di Klinik Desa dan Klinik 1Malaysia memandangkan keluasan binaan klinik itu tidak sesuai untuk rawatan tersebut.

Rawatan hemodialisis juga, katanya, memerlukan doktor dan pakar serta pengasingan tempat untuk pesakit Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment