My Add

Friday 22 February 2013

Rompak van keselamatan: Tiga pengawal ditahan

SHAH ALAM, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Tiga pengawal keselamatan ditahan bagi membantu siasatan kes rompakan wang tunai RM2.2 juta dari sebuah van keselamatan di Jalan 51A/227 menghala ke Jalan 222 di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kesemua pengawal keselamatan berusia 24 hingga 31 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini kira-kira pukul 4.30 petang semalam selepas mereka dipanggil untuk memberi keterangan.

Beliau berkata, pihaknya menahan kesemua pengawal keselamatan tersebut kerana keterangan yang diberikan mereka banyak menimbulkan keraguan.

“Kita akan menyiasat secara terperinci kes ini termasuk bagaimana kejadian tersebut berlaku.

“Polis juga turut melakukan pemantauan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi kejadian tersebut dan berharap akan menemukan petunjuk bagi meneruskan siasatan," katanya kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment