My Add

Sunday 3 February 2013

Rumah mampu milik: Guan Eng hipokrit

TASEK GELUGOR, SABTU, 02 Februari, 2013: Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat tidak mempunyai niat membantu golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri apabila selepas lima tahun mentadbir, tiada satu pun projek pembinaan rumah mampu milik dibina oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, hakikat itu dikuatkan lagi dengan kegagalan Guan Eng membuktikan perkara tersebut apabila didesak pelbagai pihak.

Selain itu, jelasnya, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga tidak memberikan kerjasama kepada agensi-agensi Kerajaan Pusat yang melaksanakan projek perumahan rakyat.

"Itulah beza kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan yang ditadbir pembangkang. BN mendahulukan rakyat tetapi mereka mengutamakan politik.

"Pembangkang cakap soal meritokrasi, transparensi tetapi hakikatnya semua itu tiada. Yang ada hanyalah hipokrasi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 peringkat negeri di sini hari ini.

Selasa lalu, Guan Eng menetapkan harga siling RM400,000 bagi sebuah rumah mampu milik yang dirancang di Jalan SP Chelliah di sini.

Bagi rumah mampu milik di Bandar Cassia, Seberang Perai, kerajaan negeri memutuskan harga siling RM250,000 seunit.

Menurut Nor Mohamed, perumahan dengan persekitaran yang selesa merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan manusia.

"Ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada ibu bapa tetapi juga persekitaran sesuai untuk anak-anak belajar," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment