My Add

Tuesday 5 February 2013

Sambutan ulang tahun ke-19 Planetarium Negara, Khamis ini

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Februari, 2013: Planetarium Negara menyediakan pelbagai acara menarik sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-19, Khamis ini.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), antara aktiviti itu adalah pendedahan mengenai sains angkasa serta syarahan umum dan maklumat terkini berkenaan fenomena yang akan berlaku pada 2013 bersama Falak Online.

"Pengunjung berpeluang melihat permukaan matahari dengan mata kasar menerusi lima buah teleskop yang disediakan serta boleh melawat Balai Cerap Planetarium Negara yang dilengkapi dengan teleskop robotik C14 bersaiz 14 inci.

"Planetarium Negara juga menyediakan tayangan filem-filem terbaru sains fiksyen seperti Journey To The Star dan Across the Universe: The Voyager Show secara percuma sepanjang hari tersebut," kata kenyataan itu.

Majlis sambutan ulang tahun Planetarium Negara bermula dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.

"Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada pengunjung menerusi aktiviti-aktiviti sampingan.

"Orang ramai yang memiliki teleskop sendiri digalakkan untuk membawanya bersama," kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-22734303 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment