My Add

Wednesday 6 February 2013

Sindiket pintasan cek dibongkar

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

*MOHAMAD Salleh menunjukkan gambar suspek kes penipuan cek sambil diperhatikan oleh Mohan Singh Tara Singh (kanan) di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Februari, 2013: Polis membongkar satu sindiket pintasan cek didalangi dua beradik yang mengaut keuntungan jutaan ringgit sejak empat tahun lalu setelah memberkas seorang orang tengah dalam kegiatan tersebut pada Selasa lalu.

Modus operandi suspek adalah mencuri cek dari peti-peti surat Pos Malaysia sebelum mengubah maklumat tertera seperti penama, amaun cek dan nombor akaun untuk dikredit ke dalam akaun individu lain dengan menggunakan peralatan khas.

Kegiatan itu mula dihidu selepas seorang pemilik akaun bank yang menjadi mangsa penipuan bertindak menahan sendiri seorang penganggur berusia 32 tahun yang juga orang tengah sindiket berkenaan sebelum dibawa ke Balai Polis Pudu pada 29 Januari lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment