My Add

Tuesday 19 February 2013

Wanita hamil lapan bulan antara 2 maut nahas kereta-bas ekspres

TUMPAT, ISNIN,18 Februari, 2013: Seorang wanita Thailand maut selepas kereta dinaikinya bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 19, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di Kampung Jubakar Darat awal pagi ini.

Dalam nahas kira-kira pukul 5.20 pagi di laluan selekoh tajam itu, mangsa, Rohanee Samamae, 35, yang hamil lapan bulan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kemalangan itu turut meragut nyawa pemandu kereta berkenaan, Mohd. Nasaruddin Mohd. Sidik, 39, manakala seorang lagi penumpang Waehanisah Kolu, 22, juga rakyat Thailand, cedera parah.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Inspektor Awang Abu Bakar Awang Rosli berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Pengkalan Kubor menghala ke Kota Bharu.

Menurutnya, kereta dipandu Mohd. Nasaruddin dipercayai memasuki laluan bertentangan ketika melalui selekoh berkenaan menyebabkannya bertembung dengan bas ekspres terbabit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment