![]() |
| *NAJIB Tun Razak bersalaman dengan sebahagian orang ramai ketika program sokongan kepada Perdana Menteri dan Barisan Nasional oleh Persatuan-Persatuan Cina Perak di Tokong Toh Boh Keong, Ipoh, semalam. - UTUSAN/ROY AZIS ABD AZIZ |
Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN dan ROKIAH ABDULLAH
BATU GAJAH, SELASA, 09 April, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemasukan syarikat gergasi ke negara ini membuktikan keyakinan tinggi para pelabur terhadap dasar transformasi yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali gus menjadikan Malaysia sebagai antara pemain industri global.
Sambil menyatakan azam untuk meneruskan dasar itu, Perdana Menteri berkata, pelaburan asing turut memberi limpahan manfaat kepada rakyat melalui penyediaan peluang pekerjaan dan perniagaan selain menggalakkan pelaburan baharu.
Contoh jelas, kata beliau, ialah pembinaan kompleks penyelenggaraan kereta api oleh syarikat pengeluar lokomotif terbesar dunia, China South Locomotive & Rolling Stock Corporation Ltd. (CSR Corporation) di sini yang bakal menjadikan Malaysia sebagai hab industri kereta api di rantau ini.
''Pelaburan ini tidak akan berlaku dengan sendirinya. Ia tidak akan terjadi melainkan berpunca daripada dasar kerajaan yakni dasar transformasi nasional yang dilaksanakan dengan penuh jitu oleh kerajaan BN.
''Oleh itu, hari ini saya anggap satu lagi bukti bagaimana dasar kerajaan berjaya memberi manfaat besar kepada rakyat," katanya ketika berucap dalam majlis pecah tanah projek pembangunan kejuruteraan dan teknologi kereta api Malaysia di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Duta China ke Malaysia, Datuk Chai Xi dan Naib Presiden CSR Corporation, Xu Zong Xiang.
Projek yang melibatkan pelaburan awal sebanyak RM400 juta oleh CSR Corporation itu merangkumi pembinaan kompleks rolling stock pertama di luar China yang menempatkan pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kereta api.
Kompleks tersebut akan dibina di atas tanah seluas 16.5 hektar berhampiran Akademi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.
Najib berkata, perkembangan itu memberi gambaran bahawa inisiatif kerajaan BN dalam melaksanakan dasar yang diyakini pelabur telah membawa banyak kejayaan, malah dilakukan dalam tempoh masa yang singkat.
''Inilah hasilnya kita menyokong sebuah kerajaan yang mampu menterjemahkan segala perancangan dan dasar menjadi realiti. Janji-janji parti pembangkang hanya bersandarkan manifesto lama, kebanyakannya janji lama yang tidak tertunai walaupun sudah lima tahun diberi peluang memerintah empat negeri," ujarnya.
Dalam pada itu, Najib berkata, pelaksanaan projek berkenaan adalah cerminan terhadap kesungguhan kerajaan untuk membangunkan sistem pengangkutan seperti yang diperincikan dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).
Selain itu, kata beliau, kejayaan tersebut juga adalah simbol keharmonian hubungan dua hala Malaysia-China yang terjalin sejak era pentadbiran Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1974 sehinggalah negara itu kini menjadi rakan dagang utama Malaysia.
''Kejayaan terbaru ini menggambarkan komitmen jangka panjang negara China kepada Malaysia. Ia juga mencerminkan keyakinan mereka terhadap dasar-dasar yang diamalkan oleh Malaysia," tambah beliau. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment