![]() |
*ABDUL Rahim Tamby Chik (dua dari kanan) bersama Wan Mohamad Zuki Mohamad (dua dari kiri), Mohamat Muda (kanan) dan Ahmad Sufi Alias pada sidang akhbar pengumuman insentif RISDA kepada pekebun kecil di Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur, semalam. |
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM dan SOFIAN BAHAROM
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 April, 2013: Buat julung-julung kalinya, seramai 957 pekebun kecil getah di negara ini memperoleh skim insentif sara hidup pekebun kecil membabitkan peruntukan sebanyak RM22.97 juta bermula Januari lalu.
Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA), Tan Sri Dr. Abdul Rahim Tamby Chik berkata, menerusi skim itu, pekebun kecil akan dibiayai sebanyak RM500 setiap bulan selama empat tahun berturut-turut selagi kebun mereka yang ditanam semula berjaya dibangunkan.
Menurut beliau, program pemberian insentif tersebut merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk membantu pekebun kecil individu yang menanam semula pokok getah bagi menampung kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh pembangunan tanaman semula berkenaan.
"Kerajaan memandang serius keperluan masyarakat pekebun kecil negara ini dan merasakan perlu ada satu bantuan diberikan kepada mereka untuk menyertai tanaman semula getah.
"Mesyuarat jawatankuasa Kabinet telah meluluskan pemberian insentif untuk menampung kehilangan sumber pendapatan demi menyara keluarga dalam tempoh program tanam semula itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad dan kedua-dua timbalannya, Datuk Mohamat Muda (Pembangunan) dan Ahmad Sufi Alias (Pengurusan dan Korporat).
Sementara itu, kata beliau, agensi tersebut akan meneruskan program pengembangan dan pemindahan teknologi untuk pembangunan tanaman getah bagi Sabah dan Sarawak selepas peruntukan pihak kerajaan berakhir tahun lepas.
Katanya, sebanyak RM510,000 daripada Kumpulan Wang RISDA diperuntukkan untuk tujuan penyaluran maklumat dan penggunaan teknologi berkaitan serta memupuk minat pekebun kecil sehingga mereka mampu mencuba, melaksana dan mengamalkannya secara berterusan.
"Program ini juga bertujuan memberi bimbingan dan latihan mengikut teras amalan pertanian yang baik melibatkan seramai 6,700 pekebun kecil di Sarawak dan 5,600 orang di Sabah.
"RISDA berharap program ini akan dapat meningkatkan pencapaian tanam semula di peringkat pembangunan tanah untuk kedua-dua negeri berkenaan," kata beliau. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment