My Add

Friday, 12 April 2013

Penutupan percubaan di Lebuhraya Sprint

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 April, 2013: Lorong paling kiri dan tengah Lebuhraya Sprint ke arah persimpangan Jalan Maarof (menghala Kuala Lumpur) akan ditutup sebahagiannya bagi menjalani percubaan mulai pukul 10 pagi hingga 4 petang pada Sabtu dan Ahad ini.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu untuk membolehkan syarikat dan kontraktor mengkaji impak penutupan terhadap aliran trafik di lebuh raya itu pada hujung minggu.

"Penutupan itu perlu untuk membolehkan mesin pembinaan yang besar dan kenderaan yang diperlukan semasa pembinaan dinding penahan sepanjang lebuh raya di belakang rumah sepanjang Jalan Kasah," jelas kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment