Irmohizam Ibrahim, Jais Abdul Karim |
Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan yang disifatkan tidak bertamadun itu juga dilihat sebagai satu cubaan untuk merosakkan nama baik Malaysia.
Ini kerana ketika 2014 diisytiharkan Tahun Melawat Malaysia, wujud pula anasir-anasir yang mahu merosakkan imej Malaysia serta menjatuhkan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rancangan perhimpunan haram di ambang tahun baharu itu sebelum ini mendapat bantahan ramai dengan lebih 600 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak termasuk NGO di seluruh negara.
Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dalam pada itu turut menasihati rakyat terutama golongan muda di Selangor agar tidak terpedaya dan diperkudakan oleh hasutan pihak-pihak tertentu untuk terbabit dalam perhimpunan itu.
Kita harus yakin kepada pucuk pimpinan kerajaan yang kini dalam usaha meringankan beban kehidupan rakyat. Kita juga perlu menghormati sistem demokrasi dan sifat negara Malaysia," katanya.
Menurut beliau, MBS menyokong segala tindakan dan usaha kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menghalang sebarang perhimpunan haram yang boleh mengganggu ketenteraman awam pada tarikh itu.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Gabungan Melayu Islam Malaysia, Razak Dahaman turut menggesa kerajaan agar bertindak tegas mencari serta mendakwa dalang yang merancang dan menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat tetapi bakal memberi kesan buruk kepada masa depan negara.
Provokasi dan tindakan radikal seperti ini adalah satu pengkhianatan kepada negara dan mereka yang terlibat wajar dihukum dengan setimpal.
Kami NGO yang mewakili rakyat amat berharap kerajaan segera tegas untuk membasmi ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman negara," katanya.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim yang turut senada dengan desakan itu berpendirian bahawa golongan belia terutama mahasiswa tidak perlu terlibat dalam perhimpunan itu.
Katanya, perhimpunan itu jelas hanya mengeksploitasi orang muda selain menjejaskan fokus utama mahasiswa terhadap pengajian.
Pihak yang tidak berpuas hati ini harus menggunakan pendekatan lebih bijak dan rasional dalam menangani isu-isu yang mendatang termasuk kenaikan harga bukan dengan menghasut rakyat agar menentang kerajaan.
GPMS sendiri sedang berusaha melakukan perbincangan dengan pihak tertentu bagi menangani masalah kenaikan kos sara hidup ini. Banyak medium yang telah disediakan oleh kerajaan sekarang ini," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment