My Add

Saturday 28 December 2013

Rafizi berbohong lagi - TIBAI

 Zahid Md. Arip
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 Disember, 2013: Dakwaan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung penjualan dan pembelian aset kerajaan bernilai RM5.6 bilion adalah siri pembohongan terbaharu Ahli Parlimen Pandan itu.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, sehingga hari ini, Rafizi masih gagal mengemukakan bukti senarai nama pembeli aset berkenaan.

"TIBAI menganggap Rafizi seorang manusia yang kuat berbohong serta mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

"Mengapa sehingga kini beliau gagal mengemukakan senarai pembeli aset negara seperti didesak oleh banyak pihak. Ini jelas menunjukkan satu lagi siri pembohongan daripada pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan dalam kenyataannya menjelaskan dakwaan Rafizi berhubung penjualan dan pembelian aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan sebagai tidak berasas.

Muhammad Zahid berkata, pembohongan itu tidak mengejutkan kerana sebelum ini pembangkang mendakwa wujud pengundi warga Bangladesh selain isu pembentukan kerajaan pada 16 September 2008.

Beliau turut mencabar Rafizi membuat laporan polis bagi membuktikan kesahihan dakwaannya.

Katanya, tindakan itu amat perlu kerana dakwaan beliau boleh mengundang suasana huru-hara serta merosakkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen, Rafizi perlu bertindak mengikut lunas undang-undang serta fakta yang sahih.

Katanya, semua tuduhan tersebut mesti disertakan dengan bukti yang jelas.

"Kita menantikan segala bukti yang boleh menyokong tuduhan tersebut. Jika tidak ada, sudah pasti tindakan beliau ini boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti beliau sebagai wakil rakyat," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment