My Add

Saturday 28 December 2013

Jangan biarkan dalang bebas

Oleh SOFIAN BAHAROM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 Disember, 2013: Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang ingin mencetuskan huru-hara melalui penganjuran Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini.

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamad Aziz berkata, langkah tersebut penting sebagai tindakan susulan kerajaan terhadap ratusan laporan polis yang dilakukan rakyat bagi membantah penganjuran perhimpunan haram berkenaan.

"Kerajaan perlu bertindak kerana rakyat semakin hari semakin resah dengan penganjuran perhimpunan haram ini. Kenapa individu yang ingin mewujudkan kemudaratan kepada negara ini dibiarkan bebas?

"Apa motif mereka merancang sedemikian? Kenapa kerajaan masih berlembut? Pada saya, tindakan tegas ini penting bagi menjamin keselamatan umum," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai rancangan penganjuran Himpunan Guling Kerajaan yang akan diadakan pada 31 Disember ini.

Mengulas lanjut, Mohamad turut meminta pihak berkuasa tidak membiarkan pemimpin politik yang dilihat cenderung menyokong perhimpunan itu mengeluarkan sentimen berbaur hasutan kepada rakyat.

Sekiranya perlu, beliau berkata, tidak menjadi kesalahan bagi pihak polis untuk menyoal dan menahan pemimpin tersebut bagi mengelakkan berlakunya kehancuran yang lebih besar kepada negara.

"Apa lagi mereka mahu, pilihan raya umum lepas sememangnya dimenangi Barisan Nasional (BN), jadi kita sebagai negara mengamalkan demokrasi berparlimen mempunyai banyak saluran lain untuk bersuara, bukan seperti ini," katanya. -UTUSAN 

No comments:

Post a Comment