My Add

Saturday 28 December 2013

60 terbunuh akibat serangan hendap tentera Syria

BEIRUT, SABTU, 28 Disember, 2013: Kira-kira 60 orang terbunuh dalam serang hendap tentera Syria terhadap sekumpulan pejuang Islam di kawasan pergunungan Qalamoun, utara Damsyik semalam, menurut laporan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria di sini.

Serangan hendap itu berlaku antara bandar Maaloula dan Yabroud apabila tentera pimpinan Presiden Syria, Bashar al-Assad dan penentang kerajaan bertempur dalam perang saudara yang bermula sejak Mac 2011 itu.

Stesen televisyen tempatan melaporkan, berpuluh-puluh mayat bergelimpangan dalam kawasan pergunungan itu.

"Terdapat 400 orang yang terlibat dalam serangan ini termasuk beberapa warganegara Arab Saudi dan Chechnya,’’ kata seorang saksi kejadian tersebut.

Menurut laporan stesen televisyen berkenaan, pihak tentera menjejaki kumpulan penentang kerajaan itu semalaman sebelum melancarkan serangan hendap ketika mereka dalam perjalanan ke bandar Jayrud. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment