My Add

Saturday 28 December 2013

633 laporan polis seluruh negara

Oleh RADUAN HUSSAIN, AZRAI MOHAMMAD,ABD RAZAK OSMAN,
 SAFIN RAMLI NORLIA RAMLI, NURUL AKMAR
AIDA SUHAIMI, MOHD. FAIRUZ YUSOF dan SALEHUDIN MAT RASAD

 * PERGERAKAN Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat bersama wakil empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul secara aman bagi membantah penganjuran Perhimpunan Guling Kerajaan di hadapan Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, semalam.
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Disember, 2013: Bantahan serta kemarahan orang ramai terhadap perhimpunan haram pada 31 Disember ini terus memuncak setelah pelbagai pihak di seluruh negara tampil membuat laporan polis dengan jumlah terkini sebanyak 633 laporan diterima setakat ini.

Jumlah itu termasuk lebih 200 laporan yang dibuat di seluruh negara hari ini.

Antara yang membuat laporan hari ini ialah Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini.

Adiwijaya yang ditemui pemberita selepas membuat laporan berkata, penganjur serta dalang yang cuba melakukan perhimpunan haram ini sebenarnya adalah mereka yang terdesak dan sengaja mengambil kesempatan atas sambutan tahun baharu.

"Mereka hanya mengambil kesempatan pada malam itu bagi meraih sokongan orang ramai dan perkara itu akan menimbulkan ketakutan kepada orang awam yang ingin menyertai sambutan tahun baharu," katanya.

Di Pahang, tiga sayap parti UMNO Bahagian Kuantan, UMNO Bahagian Paya Besar, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera, Pemuda MIC Bera, Persatuan Veteran Bekas Tentera Daerah Bera dan Persatuan Bekas Polis Daerah Bera telah membuat laporan.

Laporan tersebut dibuat di IPD Kuantan dan Balai Polis Bera.

Di Perak, 13 laporan polis dibuat dengan enam laporan dibuat di Balai Polis Sungai Senam di sini dan IPD Sungai Siput (7).

Mereka terdiri daripada Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Kesatuan Anak Muda Islam, Suara Anak Muda 1Malaysia, Gerakan Belia 4B, Gabungan Kelab Kereta Negeri Perak dan Persatuan Belia Optimis 1 Suara.

Turut membuat laporan polis adalah Pemuda UMNO Sungai Siput, Pemuda Gerakan Sungai Siput dan Pemuda MIC Sungai Siput.

Di Kedah, Pertubuhan Bekas Pasukan Khas Tentera Udara Di Raja Malaysia (PBPKU), Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (DAULAT) dan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerai membuat laporan.

Turut membuat laporan ialah Pergerakan Puteri UMNO Kedah, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Pendang, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Baling Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Belia 4B, Belia MAYC dan Masyarakat Orang Asli.

Laporan dibuat di IPD Jerai, IPD Pendang dan IPD Baling.

Di Sarawak, Pertubuhan Peradaban Melayu Sarawak (Adab) membuat laporan polis di IPD Kuching.

Di Terengganu, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) cawangan Kuala Terengganu yang membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu.

Di Johor, Sebanyak 11 laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Segamat oleh Pemuda UMNO Sekijang, Majlis Belia Daerah Segamat, Pertubuhan Belia 4B Segamat, Pertubuhan Generasi Baru, Pertubuhan Belia Padang Lalang dan Pertubuhan Belia Sulir.

Turut membuat laporan polis secara serentak itu adalah Pertubuhan Belia Batu Anam, Pertubuhan Belia Kampung Tenang, Kelab Pemuda Segamat dan Pertubuhan Belia Mercu Warisan Segamat. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment