My Add

Sunday 29 December 2013

SSPN-i miliki lebih RM1 bilion deposit

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
 
 * TUAN Din Tuan Mat (bersongkok) memerhatikan Ismail Mohamed Said (empat dari kanan) menunjukkan borang SSPN-i di SMK Kuala Krau, Pahang, kelmarin.
KUALA KRAU, SABTU, 28 Disember, 2013: Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjaya menarik dua juta pendeposit, melibatkan lebih RM1 bilion sehingga pertengahan bulan ini.

Pengurus Besar Kanan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tuan Din Tuan Mat berkata, skim itu mendapat sambutan selepas pihaknya mewajibkan pelajar memiliki akaun SSPN-i jika ingin memohon pembiayaan pendidikan agensi itu pada masa akan datang.

"Lebih menarik, pelepasan cukai SSPN-i dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000 dalam Bajet 2014 bagi meningkatkan lagi nilai tambah skim itu.

"Dengan deposit serendah RM20, akaun skim tersebut boleh dibuka di mana-mana cawangan bank terpilih, antaranya Maybank, Bank Rakyat, Agrobank, Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)," katanya.

Beliau berucap dalam majlis sumbangan kepada para pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekolah rendah dan menengah dalam Parlimen Kuala Krau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dan Pengarah Pendidikan Pahang, Mohd. Rosdi Ismail.

Beliau berkata, bagi menggalakkan lebih banyak pembukaan akaun dan penambahan deposit SSPN-i, pihaknya mengadakan promosi sepanjang tahun ini dengan menganjurkan cabutan hadiah dikenali sebagai Simpanan Mega SSPN-i dan Simpanan Perdana SSPN-i.

Beliau menggalakkan ibu bapa terus membuka akaun skim itu untuk anak-anak mereka bagi menjamin kewangan apabila melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) nanti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment