* IZANY Abd. Ghany menunjukkan alat pengimbas mesin ATM yang dirampas semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA |
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika sedang menanggalkan alat pengimbas data dikenali sebagai skimming device yang diletakkan pada panel mesin ATM di pusat beli belah berkenaan hasil maklumat awam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd. Ghany berkata, modus operandi sindiket tersebut ialah mencuri data daripada pelanggan mesin ATM melalui alatan pengimbas tersebut sebelum membuat kad klon mereka dan mengeluarkan wang di dalam akaun mangsa di luar negara.
"Hasil pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV), polis mendapati sindiket ini bergerak secara berkumpulan kerana terdapat dua lagi rakan suspek dirakam melakukan jenayah namun masih belum berjaya ditahan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Izany berkata, susulan penahanan itu polis percaya dapat menyelesaikan kes penemuan peralatan sama di pusat beli belah Times Square, Jalan Imbi di sini yang dilaporkan pada 25 November lalu.
Katanya, sindiket terbabit dipercayai aktif sejak awal tahun ini dan ahli-ahli kumpulan terbabit yang terdiri daripada warga asing dilaporkan sering keluar masuk negara.
"Kes seumpama ini pernah dilaporkan beberapa tahun lalu namun kini mereka dilihat kembali aktif," katanya.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati alat pengimbas terbabit telah dibeli oleh ahli sindiket terbabit dengan harga RM8,000 seunit dan dibuat di negara ini.
Sementara itu, Izany berkata, pihaknya menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada semasa berurusan di ATM sekiranya melihat peralatan yang mencurigakan dan melaporkan kepada polis.
Katanya, suspek kini ditahan reman sehingga 6 Januari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment