Oleh AZHARI ZAINOODDIN
PULAU PINANG, KHAMIS, 26 Disember, 2013: Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor meminta semua pihak tidak menggunakan sebarang jawatan bagi merujuk kepada mana-mana ahli DAP kerana pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang diadakan September lalu belum diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Menurutnya, sehingga kini DAP sebenarnya tidak mempunyai pemimpin yang sah di semua peringkat, malah arahan dan keputusan yang dibuat oleh mereka juga dianggap tidak sah.
''Pemilihan yang diadakan masih belum diiktiraf dan ini menunjukkan tiada individu dalam parti ini yang telah disahkan jawatannya.
"Tidak sepatutnya ada pihak menggunakan jawatan tertentu termasuk Pengerusi dan Setiausaha Agung DAP bagi merujuk mana-mana individu dalam parti memandangkan status semua ahli adalah sama ketika ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Norliza Abdul Rahim baru-baru ini yang mahu Jawatankuasa Disiplin DAP mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana melabel Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid sebagai 'nenek rasis' baru-baru ini.
Zulkifli memberitahu, desakan Norliza itu juga tidak tepat dari segi teknikal memandangkan jawatankuasa disiplin parti yang dibentuk juga dilihat tidak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan ke atas mana-mana ahli DAP selagi ROS tidak memberikan mandat sepatutnya.
"Malah sebarang keputusan yang dibuat parti ketika ini juga tidak boleh diiktiraf kerana keputusan itu dibuat oleh mereka yang belum disahkan jawatannya termasuk arahan mengadakan Konvensyen DAP negeri," tegasnya.
Beliau dalam pada itu turut mencabar DAP supaya membawa ROS ke mahkamah sekiranya merasakan wujud perkara yang tidak betul dilakukan badan berkenaan terhadap pemilihan DAP.
"DAP mempunyai ramai ahli dalam kalangan peguam, jadi mengapa selama ini hanya berdegar-degar di akhbar.
"Kalau rasa diri sendiri betul mengapa tidak berani bawa ROS ke mahkamah seperti yang sering didakwa melalui akhbar," katanya. - UTUSAN
Zulkifli Mohd. Noor |

No comments:
Post a Comment