My Add

Sunday 29 December 2013

Sasar 50 KKR1M tahun depan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 Disember, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menyasarkan untuk membuka 50 buah Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) pada tahun depan.

''Alhamdulillah, kita sasar 50 buah KKR1M tahun depan. Insya-Allah,'' kata Najib menerusi akaun twitternya hari ini.

Beliau mengulas pautan twitter Bernama bertajuk 'KKR1M Semakin Mendapat Sambutan'.

Pengarah Urusan KKR1M, Mohd. Noor Mohd. Amin seperti dipetik daripada Bernama berkata, KKR1M yang merupakan antara produk jenama 1Malaysia kini semakin mendapat tempat di hati rakyat.

Ujarnya, KKR1M sering menjadi pilihan dan kerap dikunjungi orang ramai bagi mendapatkan kain berkualiti pada harga rendah.

Memandangkan permintaan terhadap produk kain di KKR1M semakin tinggi kata Mohd. Noor, pihaknya merancang membuka lebih banyak cawangan kedai itu bagi memenuhi permintaan.

Pada masa ini, terdapat 19 cawangan KKR1M di seluruh negara dengan terbaharu dibuka pada 18 Disember lalu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Mohd. Noor berkata, beberapa lagi cawangan akan dibuka termasuk di Gerik, Perak dan Dungun, Terengganu, menjadikan kesemuanya 25 cawangan KKR1M pada tahun ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment