Oleh AZRAI MOHAMMAD
* SUSPEK (kanan) dikawal anggota polis ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam. |
Lelaki berusia 25 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini dari Kuching, Sarawak kira-kira pukul 10.30 pagi dengan berbaju merah serta berseluar pendek diiringi oleh tiga anggota polis.
Suspek kemudian terus dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata, perintah reman diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Lelaki berusia 25 tahun itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, lelaki terbabit diberkas di Kampung Karambut, Saratok, Sarawak, pada pukul 11 pagi selepas mengeluarkan kenyataan itu di laman Facebook miliknya beberapa hari lalu.
Dia yang mendakwa berperanan sebagai cyber trooper Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekerja sebagai koordinator di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) di dalam laman Facebook miliknya turut meminta orang ramai mendapatkan bom bagi tujuan tersebut. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment