My Add

Saturday 28 December 2013

Penunjuk perasaan maut terkena tembakan rambang

BANGKOK, SABTU, 28 Disember, 2013: Seorang penunjuk perasaan antikerajaan terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas terkena tembakan rambang yang dilepaskan oleh individu tidak dikenali berhampiran pejabat Perdana Menteri Thailand di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama beberapa lagi penunjuk perasaan berhimpun di kawasan berkenaan maut selepas terkena tembakan yang mengenai badan mangsa.

Beberapa media tempatan melaporkan tembakan itu dipercayai dilepaskan daripada beberapa individu di dalam sebuah kereta yang melalui kawasan itu. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment