My Add

Saturday 28 December 2013

Perkasa tidak dibela UMNO

Oleh FARHANA JONI

 * ABDUL Rahman Abu Bakar melawat Yang Dipertua Perkasa Sarawak, Datuk Abang Nasir Abang Dahari di Hospital Umum Sarawak, Kuching, semalam.
KUCHING, JUMAAT, 27 Disember, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak pernah menerima sebarang peruntukan khas yang menunjukkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu 'dibela' UMNO.

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata, NGO yang mempunyai lebih 500,000 ahli di seluruh negara itu selama ini banyak bergerak dengan bantuan pelbagai pihak termasuklah individu perseorangan.

"Sehingga hari ini Perkasa tidak pernah menerima satu sen pun peruntukan ataupun sumbangan daripada UMNO.

"Justeru, saya berani kata, Perkasa tidak pernah dibela oleh UMNO seperti mana diperkatakan oleh Pengerusi Felda baru-baru ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang mendakwa tanggungjawab menjaga kepentingan Melayu yang digalas UMNO selama ini bukan tugas yang mudah, malahan Perkasa sendiri pun banyak menerima bantuan parti Melayu itu.

Mengulas lanjut Abdul Rahman berkata, tuduhan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu sama sekali tidak berasas dan tidak sepatutnya lahir daripada suara seorang pemimpin veteran.

Katanya, Perkasa turut menjalankan pelbagai aktiviti dan program menerusi kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.

"Seperti NGO lain, Perkasa juga layak memohon bantuan daripada agensi berkaitan, jika program yang diadakan itu membabitkan kepentingan masyarakat.

"Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dan Sisters in Islam misalnya boleh memohon peruntukan bagi melaksanakan program mereka, kenapa perlu mempertikaikan sumbangan kepada Perkasa?" katanya.

Abdul Rahman turut memberi contoh, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengumumkan bantuan khas sebanyak RM10 juta kepada pusat tuisyen Sri Murugan di Kuala Lumpur manakala sebelum itu sebanyak RM230,000 turut disalurkan kepada Hindu Youth Malaysia.

Katanya, Perkasa menyedari kesemua sumbangan itu disalurkan dengan tujuan menjamin keadilan sosial berdasarkan prinsip 1Malaysia dan tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Meskipun Perkasa ada menerima sedikit bantuan daripada agensi kerajaan sebelum ini, namun tidak pernah digunakan untuk menentang kerajaan.

"Perkasa juga tidak pernah menerima peruntukan daripada pihak luar negara kerana tidak mahu terpengaruh dengan anasir luar," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment