My Add

Saturday 28 December 2013

MCA bukan bercakap kosong - Tee Yong

KUALA LUMPUR, KHAMIS 26 Disember, 2013: MCA menegaskan pihaknya serius merealisasikan apa jua perancangan termasuk dalam isu konsesi tol dan tidak hanya bercakap kosong seperti yang didakwa pembangkang.

Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, beliau sendiri telah membangkitkan isu berkaitan konsesi tol di Dewan Rakyat pada 2009.

Katanya, isu itu juga dipanjangkan kepada menteri-menteri MCA melalui cadangan penstrukturan semula konsesi PLUS Expressways Bhd. (PLUS).

"Selain itu, terdapat pembentangan mengenai isu ini kepada kerajaan dan pada 2011, PLUS distruktur semula dengan pampasan bernilai bilion ringgit telah dimansuhkan manakala kenaikan tol dikaji semula," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Bayan Baru daripada parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Tze Tzin yang mengakui penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perjanjian konsesi tol.

Katanya, jika Anwar benar-benar menentang perjanjian itu, beliau sepatutnya berpegang kepada pendiriannya sewaktu bergelar Menteri Kewangan ataupun bersara sebagaimana bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

"Dalam mencari populariti dan mempertahankan tuannya sebagaimana 'seekor bintang peliharaan yang setia', Ahli Parlimen PKR seakan-akan terlupa bahawa mereka pernah berjanji untuk menghapuskan tol.

"Bagaimanapun dalam bajet alternatif mereka, tiada apa yang disebut dan segalanya (berkaitan tol) telah dilupakan," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment