* SEORANG lelaki yang cedera akibat digigit ikan piranha, menerima rawatan di bandar Rosario, Santa Fe, tengah Argentina, Rabu lalu. - Agensi |
Mangsa yang cedera termasuklah lebih 20 orang kanak-kanak yang digigit spesies ikan itu di permukaan sungai tersebut.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, kehilangan sebahagian jarinya selain mengalami beberapa kecederaan lagi di buku lali dan tangan.
Beberapa pengawal menghubungi paramedik bagi membantu mangsa yang cedera sebelum pasukan polis menutup sementara sungai tersebut serta mengarahkan pengunjung keluar dari kawasan itu.
Serangan yang berpunca daripada ikan piranha spesies palometas itu adalah yang paling serius pernah berlaku di bandar ini sejak insiden pada tahun 2008 menyebabkan 40 orang cedera.
Seorang anggota paramedik, Gustavo Centurion, menyifatkan ikan tersebut 'sangat agresif'.
Spesies ikan itu tertarik dengan sisa-sisa ikan yang ditinggalkan oleh nelayan.
Jurucakap kerajaan, Ricardo Biasatti pula menyifatkan, kejadian itu sebagai jarang berlaku.
"Ia berlaku disebabkan dua faktor iaitu kawasan permukaan air yang cetek dan kawasan pantai yang dipenuhi pengunjung," ujarnya. - AGENSI/UTUSAN
No comments:
Post a Comment