Penahanan Ahli Parlimen Iraq cetus pertempuran berdarah
RAMADI, Iraq , SABTU,28 Disember, 2013: Pasukan keselamatan hari ini menyerbu rumah seorang Ahli Parlimen berfahaman Sunnah yang menyokong penunjuk perasaan antikerajaan, sehingga mencetuskan pertempuran membunuh enam orang termasuk abangnya sebelum dia ditahan, kata polis.
Menurut polis, 18 orang lagi cedera dalam serangan di kediaman wakil rakyat Parlimen, Ahmed al-Alwani itu di Ramadi barat Baghdad. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment