Kerajaan sasar buka 50 KKR1M tahun depan
KUALA LUMPUR, SABTU, 28 Disember, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menyasarkan untuk membuka 50 Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) tahun depan.
"Alhamdulillah, kita sasar 50 buah KKR1M tahun depan. Insya-Allah," kata Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya hari ini, yang mengulas tentang pautan Twitter Bernama bertajuk KKR1M Semakin Mendapat Sambutan.
Ia memetik Pengarah Urusan KKR1M Mohd. Noor Mohd Amin sebagai berkata, KKR1M, satu daripada produk jenama 1Malaysia, kini semakin mendapat tempat di hati rakyat apabila menjadi pilihan dan kerap dikunjungi orang ramai bagi mendapatkan kain berkualiti pada harga rendah.
Mohd. Noor berkata, memandangkan permintaan terhadap produk kain di KKR1M semakin tinggi, pihaknya merancang membuka lebih banyak cawangan kedai itu bagi memenuhi permintaan.
Pada masa ini, terdapat 19 cawangan KKR1M di seluruh negara dengan terbaharu dibuka pada 18 Disember lepas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Mohd. Noor berkata, beberapa lagi cawangan akan dibuka termasuk di Gerik, Perak dan Dungun, Terengganu, menjadikan kesemuanya 25 cawangan KKR1M pada tahun ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment