My Add

Saturday 28 December 2013

633 laporan polis bantah himpunan haram 31 Disember

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Disember, 2013: Bantahan serta kemarahan orang ramai terhadap perhimpunan haram pada 31 Disember ini terus memuncak setelah pelbagai pihak di seluruh negara tampil membuat laporan polis dengan jumlah terkini sebanyak 633 laporan diterima setakat ini.

Jumlah itu termasuk lebih 200 laporan yang dibuat di seluruh negara hari ini.

Antara yang membuat laporan hari ini ialah Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini.

Adiwijaya yang ditemui pemberita selepas membuat laporan berkata, penganjur serta dalang yang cuba melakukan perhimpunan haram ini sebenarnya adalah mereka yang terdesak dan sengaja mengambil kesempatan atas sambutan tahun baharu.

"Mereka hanya mengambil kesempatan pada malam itu bagi meraih sokongan orang ramai dan perkara itu akan menimbulkan ketakutan kepada orang awam yang ingin menyertai sambutan tahun baharu," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment