My Add

Saturday 28 December 2013

Guling kerajaan: Pemilik akaun Facebook direman 5 hari

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Disember, 2013: Pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata, perintah reman diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Beliau berkata, lelaki berusia 25 tahun itu kini ditahan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Suspek yang diburu polis sejak minggu lepas, dibawa ke Kuala Lumpur pagi ini setelah dia ditahan pada 11 pagi semalam di Saratok, Sarawak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment