My Add

Monday 26 May 2014

Petronas Dagangan sasar 35 peratus penguasaan pasaran

KUALA LUMPUR, ISNIN 26 Mei, 2014: Petronas Dagangan Bhd menyasarkan untuk mencapai 35 peratus penguasaan pasaran minyak kenderaan pengguna tahun ini berbanding pada masa ini sebanyak 30 peratus untuk muncul sebagai pemimpin pasaran di Malaysia.

"Kami harap dapat memanfaatkan rangkaian stesen minyak terbesar kami sebanyak 1,047 stesen minyak di seluruh negara dan meningkatkan keyakinan pengguna dengan pengenalan Petronas Primax 95 baharu dengan Advanced Energy Formula," kata Pengurus Besar Kanan Bahagian Perniagaan Runcit, Shaharuddin M. Sidek kepada pemberita pada pelancaran minyak tersebut hari ini.

"Petronas akan melancarkan antara 25 dan 30 stesen minyak baharu di seluruh negara tahun ini, dengan pelaburan sebanyak RM2 juta bagi setiap stesen," katanya, sambil menambah bilangan stesen bergantung kepada pertumbuhan industri dan kediaman serta keperluan industri bagi pelbagai lokasi yang sedang dipantau Petronas.

Shaharuddin berkata, Petronas memperuntukkan RM500 juta setahun bagi perbelanjaan modal untuk digunakan terutamanya bagi pembukaan stesen minyak baharu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment