My Add

Monday 26 May 2014

Risda perlu kerap turun padang tarik generasi muda

RAUB, ISNIN 26 Mei, 2014: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Pekebun Kecil Getah (Risda) perlu kerap turun padang memberi pendedahan secara lebih serius tentang pembangunan perusahaan getah kepada pekebun kecil generasi muda untuk menyertai program anjurannya.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi Usahawan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, pendedahan perlu diberikan bukan setakat cara mengusahakan tanaman getah bermutu tinggi, tetapi tentang hasil yang diperoleh serta peranan Risda membantu pekebun kecil dalam bidang keusahawanan.

"Sebagai contoh melalui program Karnival Jelajah Risda yang dianjurkan di setiap daerah di negeri akan dapat menarik lebih ramai pekebun kecil dan golongan muda menceburi bidang tanaman getah dan sebagainya.

"Hanya dengan pendedahan serta karnival seumpama itu sasaran dan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan para pekebun antara RM4,000 hingga RM7,000 ke atas sebulan atau lebih akan dapat dicapai," katanya ketika merasmikan Karnival Jelajah Risda peringkat daerah Raub di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment