My Add

Thursday 3 May 2012

5 sekeluarga ditemui mati dalam kereta

*ANGGOTA polis forensik memeriksa mayat lima sekeluarga yang ditemui mati dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara dalam sebuah kedai membaik pulih pendingin hawa kenderaan di Masai, Pasir Gudang, Johor, malam tadi.

PASIR GUDANG, RABU, 02 Mei, 2012: Sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka ditemui mati dalam sebuah kereta di bengkel servis pendingin hawa kenderaan di Jalan Serangkai 4, Taman Bukit Dahlia, Masai di sini hari ini.

Orang ramai yang lalu-lalang di hadapan rumah kedai setingkat dihuni keluarga itu terhidu bau busuk dipercayai dari bengkel tersebut yang tertutup pada pukul 7.10 petang ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, mayat pasangan suami isteri yang merupakan pemilik bengkel berkenaan ditemui di tempat duduk pemandu dan penumpang sambil isterinya memangku anak perempuan mereka yang berusia 4 tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment