My Add

Thursday 3 May 2012

Sediakan pakej Internet mampu milik - Rais


*RAIS Yatim bersama Dr. Francis Yeoh (kiri) dan Pengarah Eksekutif YTL Communcations, Datuk Seri Micheal Yeoh menunjukkan telefon pintar 4G terbaru pada majlis pelancaran telefon terbaru itu di Kuala Lumpur, semalam

KUALA LUMPUR, RABU, 2 Mei, 2012: Syarikat perkhidmatan telekomunikasi di negara ini disaran menyediakan pakej perkhidmatan Internet mampu milik kepada semua lapisan masyarakat.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, untuk memastikan ia mencapai matlamat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyediakan formula untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

"Melalui dasar kerajaan mesti ada satu modul bagi rakyat untuk berkomunikasi secara jalur lebar dengan kadar mampu milik dan kita sedang melihat dari dekat bagaimana syarikat telekomunikasi akan dapat memberikan perkhidmatan itu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment