My Add

Thursday 3 May 2012

Jemaah Menteri mahu siasatan dan pendakwaan disegerakan

PUTRAJAYA, RABU, 02 Mei, 2012: Jemaah Menteri hari ini mengarahkan polis dan Jabatan Peguam Negara menyegerakan proses siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang merancang dan mencetuskan huru-hara dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu negara pada Sabtu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, setakat ini seorang suspek telah ditahan manakala beberapa orang lagi sedang disiasat berhubung peristiwa hitam pada 28 April itu.

''Jemaah Menteri membuat ketetapan dan memberi jaminan bahawa keselamatan negara dan rakyat mesti mengatasi kepentingan politik mana-mana individu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, orang ramai perlu berhati-hati dengan penyebaran maklumat termasuk gambar tertentu yang diseleweng dan diubah suai untuk mengelirukan rakyat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment