My Add

Thursday 10 May 2012

500 unit rumah mesra rakyat dibina di Perak

IPOH, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Kerajaan Perak akan membina kira-kira 500 unit rumah mesra rakyat melalui Skim Perumahan Amanjaya dengan peruntukan RM10 juta sepanjang tahun ini. 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi melaksanakan rumah berkenaan untuk memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri kerana ia akan dijual pada harga serendah RM55,000 seunit.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia yang pertama di negeri berkenaan di Changkat Larang dekat sini. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment