My Add

Thursday 10 May 2012

Sidang DUN Sarawak bermula 14-23 Mei: Speaker

KUCHING, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan mengadakan persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN ke-17 pada 14 hingga 23 Mei depan, kata Speaker Dewan, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di sini, hari ini. 

Beliau berkata, persidangan akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 14 Mei.

"Bagi persidangan tersebut sebanyak 336 soalan dikemukakan oleh 38 wakil rakyat termasuk daripada pihak pembangkang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment