My Add

Tuesday 1 May 2012

Abdul Hadi persenda Islam

KUALA LUMPUR, ISNIN, 30 April, 2012: Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memandang remeh terhadap kebimbangan Ahli Majlis Syura, Nasharudin Mat Isa berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menggambarkan beliau telah mempersendakan agama Islam.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, selain itu, sikap Hadi yang turut menganggap pandangan Nasharudin itu sebagai suara kecil amat bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.

''Contohnya, ketika zaman Rasulullah, beliau berjaya menyebarkan ajaran Islam meskipun sewaktu itu suara baginda dianggap sebagai suara terpencil.

''Justeru, adalah tidak keterlaluan jika saya berpendapat bahawa jika Abdul Hadi hidup di zaman Rasulullah, sudah tentu Presiden Pas itu menolak ajaran Islam kerana ketika itu suara Rasulullah adalah suara kecil,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment