My Add

Tuesday 1 May 2012

Sekolah politik di Selangor

Oleh ANGELINA SINYANG

KUALA LUMPUR, ISNIN, 30 April, 2012: Polis mengenal pasti dua lokasi di Selangor yang dijadikan sebagai sekolah politik oleh pihak tertentu untuk melatih pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini, berdemonstrasi menentang kerajaan.

Difahamkan, sekolah yang ditubuhkan oleh pihak yang menentang kerajaan itu sudah beroperasi sejak 2008 iaitu selepas kerajaan Selangor jatuh ke tangan pembangkang.

Menurut sumber, aktiviti pembelajaran di sekolah berkenaan biasanya diadakan pada setiap hujung minggu iaitu mengambil kesempatan semasa pelajar kolej atau universiti tiada kelas.

Beliau berkata, terdapat antara 20 dan 30 pelajar mengikuti kelas di sekolah itu pada setiap sesi.

"Di sekolah ini, pelajar akan diterapkan latihan kader politik (political cadre) seperti bagaimana cara mahu menjadi seorang pejuang, berceramah dan membuat demonstrasi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment