My Add

Friday 4 May 2012

Aksi panas: Azmin patut saman - Dr. Mahathir

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak yang memalukannya berhubung penyebaran gambar yang mengaitkan beliau dengan aksi panas bersama seorang wanita, baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan saman oleh Azmin adalah langkah sewajarnya diambil untuk membersihkan namanya setelah dipalit kontroversi berkenaan.

“Dia boleh nafi itu bukan dia. Saya harap dia bawa orang itu ke mahkamahlah.

“Kena saman malu, RM100 juta ke... RM500 juta ke...buat macam tu (penyebaran gambar) nak bagi malu Azmin saja, jadi dia patut bawa ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas program Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tajuk Cabaran Umat Islam Masa Kini : Persepsi dan Realiti anjuran kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan dan lebih 5,000 peserta.

Ketika ditanya pendapatnya tentang kesahihan gambar berkenaan, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak percaya kepada gambar, namun tidak ada apa yang mustahil dalam dunia ini.

“Kadang-kadang kamera dalam tandas pun orang letak juga," katanya.

Berikutan penyebaran gambar berkenaan, Azmin yang juga Anggota Parlimen kawasan Gombak, dilaporkan berkata, imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment