My Add

Monday 21 May 2012

Amah: Pelbagai pihak terus bidas tohmahan Irene Fernandez

MELAKA, AHAD, 20 Mei, 2012: Banyak pihak terus membidas tohmahan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez yang mendakwa pembantu rumah Indonesia dijadikan objek penderaan fizikal dan keganasan di negara ini.

Rata-rata yang ditemui menegaskan rakyat negara ini bukanlah kejam seperti yang digambarkan oleh Irene dan menganggap dakwaan itu sebagai tidak adil dan mencemarkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

Bagi Chia Tien Nei, 37, dia memberi layanan yang baik kepada pembantu rumahnya sejak lebih dua tahun lalu kerana menganggap pekerjanya itu juga manusia sepertinya yang berusaha untuk mencari rezeki.

"Memang saya marah bila ada orang kata pembantu rumah Indonesia dijadikan objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol sedangkan saya amat menjaga kebajikannya. Apa yang saya makan, itulah juga yang orang gaji saya makan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment